Tuesday, November 10, 2009

Kayu untuk bangsal

Minggu lepas aku dapat beli kayu ....setelah puas mencari akhirnya en zul dari cendawan puchong bagi sugesstion suh tengok kayu kat Kg. Medan..kos kayu plus transport adala dalam RM240 .alhamdulillah memang murah harganya dan kayu berkualiti....walaupon kayu 2nd but ok lagi...thanx to En Zul puchong atas suggestion yang bernas tu...hehe

minggu ne plak nak g beli batu blok n simen serta pasir untuk buat lantai dan dinding ....pastu dah boleh mula tegakkan bangunan...macam2 halangan masa nak dapatkan barangan ne...adoi......tapi takpe..kata orang usaha tangga kejayaan kan?so kita usaha dan buat apa yang termampu serta yang terbaik.....

Tuesday, October 27, 2009

permulaan

adoi...banyak nyer benda nak di pikirkan......macam2 kena buat tapi seronok juga....tapak dah ada...bahan dah tempah...bangsal je tak leh nak di dirikan lagi sebab tak de masa nak buat..heheh.insyaallah hujung minggu ne siaplah bangsal n rak bongkah...masalah kewangan lak melanda skang ne maklumlah...tengah hujung bulan hehhehe....tapi tak pe kena la usik skit saving tu pastu ganti balik.....=)

Monday, October 26, 2009

Tapak Bangsal

Salam....

Tanggal 27 hb oktober 2009.....hasil perbincangan lanjut dengan Pak teh, ayah n tuan tanah...tuan tanah bersetuju untuk memberi tapak permulaan secara percuma ....alhamdulillah....selesai satu part....skang ne....tinggal nak naik bangsal je lagi...bongkah pon dah order...0n 31st ne dapatla bongkah matang bat permulaan ne.....alhamdulillah syukur.....mudah2an segalanya akan berjalan lancar

Friday, October 23, 2009

Cendawan Meru

Hari ni aku dapat menghubungi en. Matnor pengusaha cendawan .Dan hari ni juga aku akan ke bangsal milik beliau untuk mempelajari selok belok ilmu cendawan....Rupa-rupanya masih ada insan yang mahu berkongsi ilmu dengan insan lain...tahniah diucapkan kepada insan yang sebegini....alhamdulillah...=)

Monday, October 19, 2009

kisah baru

Hmmm...aku tidak paham dengan perangai sesetengah owang melayu kita ne...kedekut sangat ilmunya sampai tidak mahu dikongsikan langsung.takut nanti habis ilmu atau hilang ilmu atau makin mundur?tak mungkin..... kerana ilmu semakin diamal...dan diajar semakin berkembang ianya....

pelik , heran pon ye juge....entahla maybe dowang nak simpan je kot...habis usia mereka kuburkan ilmu tu....sekali dengan jasad mereka...bukankah ada baiknya jika diajar maka ianya dapat diteruskan oleh generasi pelapis.....malah jika kita sudah meninggal sekalipon..ilmu yang kita ajarkan selagi di guna pakai...selagi itulah amalan kita tidak putus baik semasa hidup mahupon sudah meninggal dunia?

fikir2kanlah wahai insan

Salvage Bongkah Rosak

Thursday, July 17th, 2008

Dulu beg-beg yg rosak kami akan potong separuh utk menyelamatkan apa yg ada. Memandangkan ianya mengambil masa yg agak lama, dengan cadangan saudara Lan dari Cendawan Planta, kami potong saja bontot bongkah.

Kami hanya gunakan bongkah-bongkah yg rosak di depan, ditutup dengan cap dan potong di belakang.

Tidak Guna Neck, Cap atau Stopper

Thursday, July 17th, 2008

Kami membuat keputusan utk tidak mengunakan cap, neck atau stopper pvc.

Cendawan keluar lebih “meriah” berbanding mengunakan neck. Kalau tidak sebelum ini cendawan “tersepit” dan kadang kala tak kluar. Selain itu, tak perlu lagi di korek utk memberi laluan utk cendawan seterusnya keluar. Ini dapat mengurangkan jangkitan penyakit melalui alat pengorek. Secara tidak langsung ini juga dapat menjimatkan kos. Setakat ini, keadaan masih terkawal. Tiada jangkitan penyakit.

Kami juga tgh eksperimen tidak mengunakan cap peram semasa pembuatan beg. Kami nak gunakan getah dan kapas sahaja. Gambar akan menyusul.

Pengenalan

Memang telah menjadi resam berurusan dengan hidupan pasti akan ada masalah sakit dan matinya. Setakat ini saya pernah melihat beberapa pengusaha yang berhenti separuh jalan kerana 2 sebab sahaja. Perkara ini patut di war warkan kepada semua yang belum terlibat tetapi sudah berminat, supaya mereka merancang semasak-masaknya sebelum menceburkan diri.

Jika anda sudah membuka ladang dan ladang anda diserang penyakit, apakah yang perlu dilakukan? Jabatan atau pihak mana yang boleh diharapkan untuk membantu? Melalui pengalaman saya, kita tidak boleh berharap pada sesiapa pun. Tiada satu jabatan ketika ini yang dikhaskan khusus untuk kaji selidik tanaman cendawan serta penyakitnya. Tidak seperti tanaman industri lain seperti getah dan kelapa sawit yang ada pusat penyelidikannya. Alhamdulillah, pengalaman yang saya dapat selama 6 tahun dalam bidang penanaman cendawan ini membawa saya kepada saya sekarang ini. Kini saya ingin kongsikannya dengan semua,. terutama berkenaan dengan penyakit cendawan. Ia juga menjadi salah satu modul yang diperbincangkan secara mendalam dalam Kursus Intensif Tanaman Cima Agro yang saya adakan. Semoga rakan-rakan satu bidang dengan saya yang juga menganjurkan kursus tanaman cendawan, dapat menyampaikan ilmu saya yang tidak seberapa ini pada peserta kursus masing-masing.

Baca sambungan artikel ini disini
http://cendawan915.wordpress.com/kulat-hijau-cima-agro-berkongsi-pengalaman/