Tuesday, October 27, 2009
permulaan
Monday, October 26, 2009
Tapak Bangsal
Tanggal 27 hb oktober 2009.....hasil perbincangan lanjut dengan Pak teh, ayah n tuan tanah...tuan tanah bersetuju untuk memberi tapak permulaan secara percuma ....alhamdulillah....selesai satu part....skang ne....tinggal nak naik bangsal je lagi...bongkah pon dah order...0n 31st ne dapatla bongkah matang bat permulaan ne.....alhamdulillah syukur.....mudah2an segalanya akan berjalan lancar
Friday, October 23, 2009
Cendawan Meru
Monday, October 19, 2009
kisah baru
pelik , heran pon ye juge....entahla maybe dowang nak simpan je kot...habis usia mereka kuburkan ilmu tu....sekali dengan jasad mereka...bukankah ada baiknya jika diajar maka ianya dapat diteruskan oleh generasi pelapis.....malah jika kita sudah meninggal sekalipon..ilmu yang kita ajarkan selagi di guna pakai...selagi itulah amalan kita tidak putus baik semasa hidup mahupon sudah meninggal dunia?
fikir2kanlah wahai insan
Salvage Bongkah Rosak
Thursday, July 17th, 2008Dulu beg-beg yg rosak kami akan potong separuh utk menyelamatkan apa yg ada. Memandangkan ianya mengambil masa yg agak lama, dengan cadangan saudara Lan dari Cendawan Planta, kami potong saja bontot bongkah.
Kami hanya gunakan bongkah-bongkah yg rosak di depan, ditutup dengan cap dan potong di belakang.
Tags: bongkah, kulat hijau, penyakit cendawan
Posted in Maklumat, Penyakit | 1 Comment »
Tidak Guna Neck, Cap atau Stopper
Thursday, July 17th, 2008Kami membuat keputusan utk tidak mengunakan cap, neck atau stopper pvc.
Cendawan keluar lebih “meriah” berbanding mengunakan neck. Kalau tidak sebelum ini cendawan “tersepit” dan kadang kala tak kluar. Selain itu, tak perlu lagi di korek utk memberi laluan utk cendawan seterusnya keluar. Ini dapat mengurangkan jangkitan penyakit melalui alat pengorek. Secara tidak langsung ini juga dapat menjimatkan kos. Setakat ini, keadaan masih terkawal. Tiada jangkitan penyakit.
Kami juga tgh eksperimen tidak mengunakan cap peram semasa pembuatan beg. Kami nak gunakan getah dan kapas sahaja. Gambar akan menyusul.
Pengenalan
Memang telah menjadi resam berurusan dengan hidupan pasti akan ada masalah sakit dan matinya. Setakat ini saya pernah melihat beberapa pengusaha yang berhenti separuh jalan kerana 2 sebab sahaja. Perkara ini patut di war warkan kepada semua yang belum terlibat tetapi sudah berminat, supaya mereka merancang semasak-masaknya sebelum menceburkan diri.
Jika anda sudah membuka ladang dan ladang anda diserang penyakit, apakah yang perlu dilakukan? Jabatan atau pihak mana yang boleh diharapkan untuk membantu? Melalui pengalaman saya, kita tidak boleh berharap pada sesiapa pun. Tiada satu jabatan ketika ini yang dikhaskan khusus untuk kaji selidik tanaman cendawan serta penyakitnya. Tidak seperti tanaman industri lain seperti getah dan kelapa sawit yang ada pusat penyelidikannya. Alhamdulillah, pengalaman yang saya dapat selama 6 tahun dalam bidang penanaman cendawan ini membawa saya kepada saya sekarang ini. Kini saya ingin kongsikannya dengan semua,. terutama berkenaan dengan penyakit cendawan. Ia juga menjadi salah satu modul yang diperbincangkan secara mendalam dalam Kursus Intensif Tanaman Cima Agro yang saya adakan. Semoga rakan-rakan satu bidang dengan saya yang juga menganjurkan kursus tanaman cendawan, dapat menyampaikan ilmu saya yang tidak seberapa ini pada peserta kursus masing-masing.
Baca sambungan artikel ini disini
http://cendawan915.wordpress.com/kulat-hijau-cima-agro-berkongsi-pengalaman/
Kebaikan cendawan
Disini saya akan melihat apakah kebaikan cendawan pula:
-Daripada hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Said bin Zaid bin Amru bin Nufail r.a katanya.“Aku pernah mendengar Nabi S.a.w bersabda:Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yang amat istimewa) dan dapat mengubati mata”
-Sejak 3000 tahun dulu lagi di percayai dapat mengekalkan keremajaan kulit dan menghilangkan stress
- dapat merawat kanser, merendahkan paras kolestrol dan tekanan darah tinggi serta meningkatkan sistem ketahanan badan.
Kilat dan Petir
Bermulanya di sini...

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..?
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."
Salam perkenalan buat semua...
hasil cendawan
Cendawan Komersil-alah asap dan bau wangi
Pembiakan cendawan tiram kelabu secara komersial bukanlah satu proses yang sukar. Ia cuma memerlukan suhu yang lembap, tidak terdedah pada cahaya matahari dan kerja-kerja suntikan benih oleh pekerja mahir, organisma ini juga mempunyai pantang larang yang perlu dipatuhi.
SEJAK lima dekad lalu, organisma kecil seperti kulapuk cendawan, yis dan kulat memberi sumbangan yang besar dalam dunia perubatan.
Antibiotik pertama sendiri terdiri daripada ekstrak kulat. Ubat penicillin, tetracylene dan auremycin terhasil daripada kulapuk cendawan.
Organisma ini turut digunakan untuk mengkomersialkan produk seperti roti, bir, keju asid organik dan vitamin C.
Pil vitamin C yang anda ambil selama ini juga berasal daripada ekstrak sejenis kulapuk cendawan. Ini adalah antara khasiatnya oyang tidak diketahui ramai.
Cendawan hakikatnya adalah salah satu sumber makanan yang baik untuk kesihatan. Mengapa? Dengan kalori yang rendah, tinggi kandungan protein, chitin, zat besi, zink, fiber, vitamin dan mineral, tiada siapa yang boleh menafikan kehebatan cendawan.
![]() |
CENDAWAN tiram kelabu boleh dipelbagaikan dalam hidangan. |
Lantaran itu, tidak hairanlah cendawan yang popular dalam kuisin masyarakat Cina kini sudah menghiasi kulinari dunia. Di Malaysia populariti cendawan melonjak kerana permintaannya yang tinggi.
Hari ini terdapat pelbagai jenis cendawan di pasaran. Salah satu yang semakin popular ialah cendawan tiram kelabu.
Tetapi tahukah anda, cendawan tiram kelabu alah kepada bau-bauan dan asap seperti minyak wangi dan asap rokok kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhannya?
Malah tanaman tersebut juga memerlukan kelembapan suhu sekitar 28 darjah Celsius pada waktu siang dan 25 hingga 26 darjah Celsius pada waktu malam.
Berbeza dengan tumbuhan lain yang memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk melakukan proses fotosintesis, cendawan memerlukan 90 peratus kegelapan bilik dan berkeadaan tertutup untuk ia membiak dengan sihat.
Salah seorang pengusaha tanaman cendawan tiram kelabu di negeri Terengganu, Wan Hassan Wan Nawang, 48, memberitahu tanaman cendawan memerlukan kelembapan yang mencukupi untuk pertumbuhannya dan tidak memerlukan penjagaan yang sukar.
“Bagi memastikan tumbuhan itu mendapat kelembapan yang secukupnya saya telah membina rumah cendawan yang dikenali sebagai green house atau rumah hijau.
“Rumah hijau itu diperbuat daripada daun nipah yang dijadikan atap dan dinding yang berupaya memberi kelembapan secara semula jadi.
“Selain itu, pekerja-pekerja saya akan menyiram air ke atas lantai sebanyak dua kali sehari bagi melembapkan suhu di dalam rumah hijau itu pada waktu pagi dan tengah hari,” katanya ketika ditemui di rumah cendawan miliknya yang terletak di Kampung Bukit Jong, Tepoh, Kuala Nerus, Kuala Terengganu.
Wan Hassan yang dibantu anak lelaki sulungnya, Wan Hafizi Wan Hassan, 24, mengusahakan projek tanaman tersebut sejak Oktober tahun lalu bersama 20 pekerja lain.
![]() |
KERJA-KERJA memasukkan penutup dilakukan secara manual bagi memastikan silinder serbuk kayu mampat dan kemas. |
Bekerja di rumah cendawan Wan Hassan, beliau mempunyai pantang larang tambahan yang mungkin kedengarannya agak pelik.
Jika di tempat kerja lain, memakai pewangi digalakkan semasa bertugas tetapi di rumah hijau cendawan Wan Hassan mengharamkan pekerja-pekerjanya daripada merokok dan memakai bau-bauan.
Peraturan itu penting bagi mengelakkan implikasi yang tidak diingini kepada tumbuhan itu kerana ia amat sensitif kepada unsur-unsur tersebut.
“Cendawan tidak boleh terdedah dengan asap atau bau-bauan yang terlalu kuat. Ini akan menjejaskan pertumbuhan dan kualitinya. Saya amat menitikberatkan mutu produk yang dihasilkan,” katanya.
Wan Hassan sekarang memiliki tiga buah rumah cendawan seluas 20 x 80 kaki setiap satu. Ia berupaya memuatkan 30,000 bongkah kayu cendawan pada satu-satu masa.
Lelaki ini memulakan projek tanaman itu setelah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dan Jabatan Pertanian Muar, Johor yang banyak memberi bimbingan dan nasihat kepadanya tentang projek tanaman itu.
Sebelum cendawan mengeluarkan hasilnya, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membuat bongkah yang merupakan tempat di mana tumbuhan itu akan dibiakkan.
Kerja-kerja membuat bongkah dilakukan oleh lapan orang pekerja Wan Hassan yang bermula daripada memasukkan habuk kayu getah atau dedak padi halus yang dicampurkan dengan kapur pertanian ke dalam mesin adunan khas sehingga sebati.
![]() |
WAN HASSAN WAN NANG menunjukkan rumah cendawan yang menggunakan daun nipah untuk memastikan suhu dingin. |
Wan Hassan berkata, adunan tersebut akan dimasukkan ke dalam bungkusan plastik yang disediakan dengan anggaran berat satu kilogram bagi setiap satu bungkus bongkah.
“Kemudian, bongkah-bongkah tersebut akan ditutup dengan penutup khas agar ia tidak dicemari bakteria-bakteria dari persekitaran luar.
“Bongkah-bongkah kayu tersebut perlu berada dalam keadaan sederhana lembap yang terdiri daripada campuran air bagi menggalakkan pertumbuhan cendawan,” katanya.
Setiap hari sebanyak 1,000 unit bongkah dapat dihasilkan sebelum dimasukkan ke dalam mesin pengewap bagi menghapuskan bakteria yang terdapat pada bongkah-bongkah tersebut.
“Mesin pengewap itu mampu mensterilkan 1,000 unit bongkah kayu sehari untuk tempoh lapan jam sebelum ia dibiarkan selama 48 jam di luar.
“Selepas tamat tempoh tersebut, bongkah-bongkah kayu itu akan diberi suntikan benih dengan anggaran satu sudu besar benih cendawan kulat tiram kelabu melalui penutup khas yang akan dibuka seketika untuk tujuan itu,” katanya.
Jelas beliau yang memperoleh benih cendawan dari Johor dan Selangor, kerja-kerja suntikan itu akan dilakukan oleh seorang pekerja mahir.
“Ini kerana kerja-kerja suntikan adalah tugasan yang paling penting dan perlu dijaga rapi kerana pada peringkat ini aspek kebersihan amat dititikberatkan dan kecuaiannya boleh menyebabkan penghasilan benih yang kurang baik.
“Oleh itu, pekerja tersebut perlu sentiasa berkeadaan bersih dan memakai uniform khas. Sekiranya dia keluar dari bilik suntikan itu, dia dikehendaki memakai pakaian lain. Bilik suntikan juga perlu bersih,” katanya yang mengakui proses menjaga cendawan bagaikan menatang minyak yang penuh.
Kemudiannya, setelah selesai tugasan menyuntik itu, cendawan-cendawan itu akan dibawa masuk ke dalam rumah hijau dan diletakkan di atas rak-rak yang ditetapkan. Seorang pekerja akan mencatat rekod seperti tarikh masuk dan tempoh bila ia akan dibuka.
Cendawan kulat tiram kelabu akan mengeluarkan hasilnya yang pertama pada hari ke-50 dan ke-60 iaitu apabila penutupnya boleh dibuka dan hasilnya dapat dipungut.
Seterusnya, penutup tersebut akan ditutup semula dalam tempoh seminggu sebelum ia dibuka semula bagi mendapatkan hasil yang seterusnya.
cendawan tiram kelabu
1st time
Ini kali pertama aku enggunakan blogger kat internet ne...belajar benda ne sebab ramai cakap banyak kegunaannya....aku ni bukan pandai dalam bidang IT tapi sekadar cube2 sahaja...manalah tau....kalau2 ada rezeki yang boleh di perolehi dalam bidang IT ni....kata orang tua"untung batu tenggelam, untung sabut timbul"
rasanya cukuplah sampai disini dahulu buat kali ini....insyaallah jika ada perkembagan terbaru...nanti saya usahakan untuk update